INTRODUKSI

Menulis Blog? Ya.. memang agak pelik bagiku untuk menulis blog. Tak ada gaya seorang blogger pon. Sebenarnya post-post sebelum ni hanyalah percubaan. Itu bukanlah gaya isi blog ini yang dirancang dipemikiranku. Bukan begitu insyaAllah. Blog ini insyaAllah akan jadi sebagai refleksi diri, untuk mengingatkan diri sendiri dan melatih otak yang malas ni. Ya, otakku kurang cerdas dari segi perkataan dan ayat.

Bukanlah tujuannya menjadi pusat sumber ilmu pengetahuan, amatlah kaku ilmu tanpa pelaksanaan..

Bukanlah tujuan membakar semangat, kutakut tak mampu ditunaikan apa yang ku tulis. Bukankah kemarahan besar Allah apabila kita tak buat apa yang kita tulis?

Bukanlah untuk mencari spotlight menyingkapi segenap hidupku. Cantiknya ku rahsiakan apa yang terselindung. Cukuplah Allah yang tahu.

Kerana sesetangah perkara tak dapat dilafazkan, nanti meletup jantungku, tetapi pantas jua jika jari yang menaip.

Siapakah aku, elok disimpan bagi yang tahu sahaja.

Perkataan yang terbaik adalah yang ringkas dan tepat.

Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya!

Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya.

[Assof:2,3]

0 comments: