'Di tahun-tahun yang terakhir sebelum abad pertama Islam berlalu, penyelewengan mula menyerap masuk ke dalam generasi baru yang bakal menggantikan generasi pertama Islam yang unik itu. Keazaman di dalam dakwah dan jihad mula kendur sedangkan mereka sepatutnya meneruskan dakwah dan jihad untuk menghapuskan saki baki taghut yang masih ada.


 

Ketika itulah, muncul Umar bin Abdul Aziz, dilahirkan oleh Allah untuk umat ini. Dengan semangatnya yang sangat tinggi, beliau melihat sedikit saja penyelewengan dan meninggalkan jihad itu sebagai tanda awal terseleweng dari kebenaran. Beliau memandang berat keadaan umat jihad yang telah kurang rancak juangnya. Beliau berkata dengan nada dukacita :


 

    "Aku ni sedang merawat satu masalah yang tiada siapa dapat menolongnya kecuali Allah. Di atasnya telah mati orang tua, telah membesar orang yang kecil, orang Ajam (yakni bukan Arab) telah mahir berbahasa Arab dan Arab Badwi telah berhijrah sehingga mereka memandang sesuatu yang bukan agama sebagai agama. Mereka tidak melihat kebenaran selain daripada itu."


 

Kalimah yang telah diucapkan khalifah Umar Ibnu Aziz dengan rasa dukacita yang sangat-sangat. Sedangkan pada masa itu, beliau
mengambil kuasa yang menguasai seluruh bangsa-bangsa, kebaikan tersebar dengan baik dan secara umumnya umat masih berhukum kepada syariat Allah.


 

Ianya adalah rasa besar seorang mukmin terhadap dosa-dosa walaupun kecil, sedikit bid'ah, kezaliman yang ringan dan wujudnya petanda gaya hidup mewah.

Itulah jiwa mukmin yang sebenar yang terlalu sensitif terhadap erti-erti keadilan dan kezaliman, sunnah dan bid'ah, menyumbang dan berada dalam zon selesa.


 

Kerana itu, seorang mukmin itu sepatutnya sentiasa berusaha mencari yang lebih sempurna. Dia tidak akan memejamkan matanya atau mengelukan lidahnya dari sebarang penyelewengan.'

[Petikan dari Muntalaq]


 

Inilah contoh jiwa mukmin yang mampu mengesan bau-bau fitnah yang mendatang. Bauan itu sangat hamis, hancing dan hanyir berlendir memeningkan fikirannya. Sedangkan bagi masyarakat umum, bau itu tak lebih dari bau tahi hidung mereka sendiri yang masih melekat di hidung.

Bahkan, sekarang ia lebih dari itu. Kita lihat masyarakat islam sekarang bersukaria berenang dalam tangki najis jahiliyyah. Ada yang berlumba-lumba mencari tahi para taghut hiburan. Paling busuk tahinya, itulah kebanggaannya.

Tapi adakah mereka sedar semua itu? Dapatkah mereka hidu seperti kita hidu?

Mengapakah Yang Maha Adil Mengurniakan engkau deria hidu yang lebih baik dari mereka? Apakah engkau lebih berhak dari mereka?


 

Nah! itulah tugasmu, berdiri ditepi tangki najis. Mari kita tarik keluar kawan-kawan kita sebelum mereka lemas terminum lendirannya.


 

Tariklah kuat-kuat!

Tariklah meskipun dia lebih senang tinggal di dalammya.

Tariklah meskipun dia tidak rela.

Tariklah bersungguh-sungguh meskipun dia meludahmu.


 

Kemudian kita bersihkan mereka dan ajar menghidu sebagaimana kita menghidu. Moga nanti dia bersama kita menahan bau busuk menyelamatkan orang tangki najis!


Dan tak kurang pentingnya sensitiviti terhadap jemaah kita...

Apabila Lantai di bawah makin retak, apa gunanya mengukir kubah di atas? Supaya orang tahu ia masjid?

Marilah kita kukuhkan lantai kita, asas kita. Mungkin ini alamat fitnah yang lebih besar..

Kerna cinta Ilahi,
Akan ku cari jalan kepenatan,
Akan ku redah ombak kesusahan,
Akan ku pilih hidup kemiskinan,
Akan ku biar lorong kesenangan.

Kerna cinta Ilahi,
Aku sanggup tiada habuan,
Aku sanggup tiada bayaran,
Aku rela tiada sanjungan,
Aku tegar tahan kelaparan,
Aku redho hilangnya kemewahan.

Kerna cinta Ilahi,
Aku tiada lagi pilihan,
Memilih sunnah penciptaan,
Yang mencipta memberi arahan,
Yang di cipta akur pada arahan.

(moga kader2 dakwah semua sentiasa beringat bahawa tiada apa yang lebih memuaskan diri dan jiwa kita selain redha can cinta dr Allah.. usahlah kejayaan kita diukur dengan bilangan pengikut kita, sebaliknya di manakah diri kita di hadapan Allah kelak.. Adakah nama kita sentiasa di sebut di langit Allah, ataupun kita sekadar terkenal di bumi, tetapi sekali pun tidak menjadi perbualan antara malaikat di langit.. moga redha Allah di cari, bukan redha nafsu dan manusia.. ikhlaskan niat)


*Ulang cetak dari
Ansorullah*




Assalamu'alaikum wrh wbt,

Demi Allah yang menyempurnakan penciptaan kita hingga ke hujung jari,
yang akan memenuhkan Neraka dengan Jin dan Manusia,
yang menyediakan Syurga untuk hamba-hamba-Nya yang berlari mengejar Redho-Nya.

Mahasuci Allah yang masih memberi kita peluang mengerjakan tanggungjawab kita.

InsyaAllah, kita bakal diberi peluang mudah mencari Barakah-Nya.
Hari Sabtu ni, kita akan ada program


  Syahadatul Haq
'Penyaksian Kebenaran'
Bertempat di second Floor, Goodge Street Mosque, bermula jam 0900.

Nak tahu apa isinya? Tanyalah kepada yang dah gi Syahadatul Haq kat Southampton pada bulan lepas!;)
Atau boleh tanya Naqib masing-masing insyaAllah.




Alhamdulillah, sekali lagi kita bakal dihinggapi pertambahan Barakah-Nya insyaAllah. Tetapi kali ni lebih mendalam, perbincangan pasal Saudara-saudara kita di barisan hadapan pertempuran islam dan jahiliyyah, mereka di Gaza.

Jadi, jom kita ke forum.. For Gaza With Love pada 14 Februari ni, 7pm-9pm.
 

Hadith Baginda s.a.w,

 "Akan sentiasa ada segolongan dari umatku yang menegakkan kebenaran dan berjuang menentang musuh mereka. Barangsiapa yg cuba menghampakan mereka,tidak sekali-kali akan dapat melukakan mereka,mahupun oleh kesusahan yang menimpa mereka,sehingga datang keputusan Allah,dan mereka akan tetap sedemikian."

Maka para sahabat bertanya,

"Wahai Rasulullah,dimanakah mereka ini?"

Sabda baginda….

"Mereka ini berada di Baitulmaqdis.dan sekitar BaitulMaqdis

[Imam Ahmad]

Sabda Rasulullah SAW lagi : 

"Bahawa golongan ini akan tetap menegakkan kebenaran,sehingga pejuang terakhir antara mereka akan berjuang menentang Al Masih Ad Dajjal"

[Hadith Abu Daud]