TERBURAI ISI PERUT

Penyeruan ke jalan Allah. Semua orang islam wajib melakukannya. Agama ini bukanlah untuk disembunyikan, malah untuk dikongsi.

Ya, untuk berkongsi sesuatu, kita mesti ada perkara yang hendak dikongsi. Jadi prosesnya berterusan, mencari dan berkongsi.

Jika kita mahu menarik orang keatas, semestinya kita mesti patut berada lebih tinggi dari orang yang kita nak bantu tingkatkan.

Adakah mungkin dalam tangga dakwah kita, kita berada dibawah dan menolak orang ke atas sedangkan diri masih kekal beku di takuk sama?


Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?

[albaqaroh:44]


Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya!

[assof:2]


Dalam kita memberi perhatian kepada orang sekeliling, mengajukan bimbingan dan dan kebaikan untuk mereka, namun mungkin kita lupa diri. Tentang hak diri kita supaya ditingkatkan dari segenap segi (kesihatan diri?). Sebetulnya kita menghitung kesalahan diri dahulu sebelum mengira kesalahan orang lain untuk dibetulkan. Ihsan terhadap diri dahulu sebelum ihsan terhadap orang lain.


Pesan Ali bin Abi Talib:

Sesiapa yang menjadi pemimpin orang lain, maka hendaklah dia mula dengan mengajar dirinya sendiri sebelum mengajar orang lain. Asuhannya terhadap orang lain biarlah dengan perilaku sebelum dengan tuturkata. Orang yang mengajar dan mengasuh diri lebih berhak dimuliakan dan dihargai berbanding orang yang mengajar dan mengasuh orang lain.


Dan sabda Nabi s.a.w. yang menggerunkan:

Ada seorang lelaki pada hari kiamat kelak dia digiring ke neraka lalu dicampakkan kedalamnya. Isi perutnya terburai keluar dan dia berpusing-pusing melingkarinya sebagaimana berpusingnya keldai mengelilingi kincir air, berkumpullah penghuni-penghuni neraka melihat lelaki tersebut lalu mereka berkata: "Wahai si polan, tidakkah engkau dahulunya menyuruh orang melakukan yang ma'ruf dan melarang yang mungkar?" Lelaki itu berkata: "Ya, memang benar, aku dahulu menyuruh orang melakukan yang ma'ruf tetapi aku sendiri tidak melaksanakannya. Aku melarang kemungkaran, sedangkan aku melakukannya."


Jadi dakwah bukanlah semata-mata menyuruh orang, malah pasti bergelumang dengan peningkatan diri. Kedua-duanya mestilah seiring. Memang sepatutnya kita berlaku adil dalam kedua-duanya.

Adakah mengajak orang, bererti kita memperbaiki diri?

Mengapakah kebanyakan masa kita untuk perbaik orang lain, mana hilangnya masa kita perbaiki diri?

Mengapakah kita sistematik dalam mengajar orang, tapi curang dalam mengajar diri? Sebetulnya ada sistem yang tak kurang hebatnya untuk kita meningkatkan diri.

Mungkin sistem tu ada, tapi tak dilaksanakan.

Mungkin ada gema-gema perbaikan, tapi tidak diendahkan? "Alaa.. ni bukan dakwah, tak yah bazir-bazir masa wat ni suma.."

"3 jam? lamanya liqo!" Ya, halaqoh yang kita beri 4 jam, yang kita terima 3 jam. Tu pon dah lama.

Dan adakah halaqoh kita hanya sekadar tazkirah, ibarat menuang ke dalam lopak air yang kering setiap minggu? Di manakah perubahannya?

Mungkin memang macam ni la sistem kita sekarang. Tak mungkin kuharapkan orang lain sepenuhnya. Bukan mereka Rabbku, bahkan hanya Allah semata.

Semuanya terletak pada diriku. Perlulah aku tingkatkan diri sendiri.

Ya Allah, bantulah aku. Tunjukkanlah aku jalan yang lurus, terus mencapai redhoMu.

Mesti Istiqomah!

2 comments:

Anonymous said...

salam..

kadang-kadang, perkara-perkara yang bermain di dalam pemikiran kita tuh adalah lebih baik untuk kita kongsi bersama...

ana terasa banyak benda yang tersirat dari penulisan hazwan nih.. kalau nak berkonngsi, silalah yer..

Thursday, 08 January, 2009  
N I K said...

Wa'alaikumsalam wrh wbt..

Tu perasaan 30hari tanpa usrah..

Saturday, 10 January, 2009