Sujudku

Sujud itu menundukkan dahi,

Tetapi memuliakan muslim yg bertakbir dan bertasbih kepadaNya

Si jahil menyangkakannya belenggu ke atas hamba

Tetapi sujudlah yang memusnahkan segala belenggu

Di dalam kemuliaan sujud, semua akan tunduk kepada muslim yang sujud

Seluruh alam takut kepada kata-kata dan perbuatannya

Wajah dan seluruh anggotanya diletakkan di bumi

Tetapi dia menggoncangkan gunung ganang

Meruntuhkan syirik dan waswas dalam diri si jahil

Tetapi membangunkan seluruh generasi dalam ketenangan

Kerana pada hati ada perjalanan yang menundukkan bumi

Lantaran kehebatan dan kebesaranNya

Sujud kepada Allah dan mengesakanNya, lalu mantap dan kuat

Terhapuslah setiap penzalim yang sombong

Barangsiapa yang menghayati sujud ini

Dia menikmati kepimpinan dan ketuanan

Di muka bumi

Dengan keagungannya, rahmat dan keindahannya.


 

[AL-USTAZ ABDUL WAHAB AZZAM]

Alangkah indahnya kalau nanti mampu aku berkata:

رَبَّنَآ ءَامَنَّا بِمَآ أَنزَلَتْ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّـهِدِينَ

Our Lord! We believe in what You have sent down, and we follow the Messenger so write us down among those who bear witness

[3:53]

Dan kemudian di akhirat, kalau Allah membalas:

يأَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ - ارْجِعِى إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً - فَادْخُلِى فِى عِبَادِى - وَادْخُلِى جَنَّتِى

O tranquil soul! Come back to your Lord, well-pleased and well-pleasing! Enter then among My servants. And enter My Paradise!

[89:27-30]


 


 

Dan itulah Kemenangan Agung.

For the Love


 

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ ءَاذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَآ أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَـمِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَـفِلُونَ

"Dan sesungguhnya kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi"

[7:179]

Hati ibarat raja, yang dita'ati, setiap perintahnya dituruti oleh rakyat. Jika mantap rajanya, maka cemerlanglah negeri itu. Jika raja hanya suka melayan kehendak diri dan mengabaikan tanggungjawabnya, maka tunggulah kehancuran negeri itu.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w:

"Ketahuilah dalam setiap jasad itu ada seketul daging. Apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati"

[Hadith ke-6, Hadith 40 An-Nawawi]

Aqal pula ibarat wazir Raja. Kerjanya sibuk dengan mencari jalan melaksanakan perintah raja, dan melaksanakannya. Hidupnya dihabiskan untuk ini. Dialah yang menguruskan hal-hal teknikal dalam negeri.

Disebabkan hidup yang begini, dia menjadi perfectionist dan kritikal. Mukanya pon masam.

Hidup raja tak sesukar wazirnya.. kebanyakan masa dia tenang dan gembira. Manakan tidak, setiap perkara yang diminta, pasti ditunai oleh wazirnya.

Inilah sebab kita menjadi kritikal jika cuba memahami menggunakan aqal. Kalau ada seseorang yang mahu berkongsi idea, habis setiap patah katanya kita selidiki. Tak boleh salah walau satu, pasti idea itu ditolak seluruhnya. Kita sibukkan otak memikirkan kebenaran dan kejituan setiap contoh yang diberi. Kita jelingkan mata melihat penampilan dan kelayakannya. Akhirnya kita terhindar dari mendapat 'mesej' sebenar yang diutarakannya. Mungkin contoh yang diberi tidak tepat, atau ada salah pilihan perkataannya, tapi mesejnya mungkin benar.

Kalaupun sampai mesej tu kat wazir yakni aqal, ia perlu diutarakan kepada hati. Bila raja dah hadam, barulah dia akan mengeluarkan arahan. Barulah badan nak bergerak..


 

Lain pula kalau kita dinasihati oleh kawan rapat. Kita akan cuba sedaya upaya untuk memahami, apakah yang nak disampaikan. Kerana kita pasti, nasihatnya tulus ikhlas. Setiap katanya terus masuk ke dalam hati, terus sampai kepada raja. Kemudian barulah wazir memberi nasihatnya, mungkin berkenaan perkara-perkara remeh seperti contoh, pilihan perkataan dan lain-lain. Tapi raja yang gembira dan bermood baik ni tak kesah sangat pon pasal perkara-perkara remeh ni. Yang penting raja nampak apakah 'big picture' yang cuba disampaikan.

Bila raja dah hadam dan beriman dengan mesej tadi, terus dia keluarkan arahan, tanpa perlu karenah birokrasi melalui tapisan wazir dulu. Barulah kita bergerak..


 

Jadi, kalau dengan kawan rapat pon kita gunakan hati, apatah lagi kalau dengan Allah. Kita fahami ayat Allah dengan hati yang utamanya.

Gitu juga dengan perbincangan dalam usrah. InsyaAllah setiap dari ahli usrah ikhlas untuk membina diri dan rakan-rakan, bukan untuk menipu. Kerana itu, fahamilah dengan hati.. bukan mempertikai dengan aqal.