Sahabat…
Andainya kematianku kau tangisi
Pusaraku kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakanlah obor untuk umat ini Dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah disyurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana

Sahabat,
Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakan lah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.


Mata Rantai

Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat.

Bermula dari bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas.

Tetapi jika kita hidup kerana selain daripada kita, hidup kerana fikrah, sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam.

Bermula drpd bermulanya kita dan berakhir dengan luputnya manusia di bumi ini.

Jika kita merasa kita yang memulakan perjuangan ini, kita akan sempit dada menghadapi kematian ( kerana perjuangan belum mencapai matlamat).

Ingatlah..bukan kita yang memulakan dan bukan kita yang mengakhirinya.

Ia dimulakan oleh para nabi sehinggalah ke akhir zaman.

Kita adalah mata rantai dari satu perjuangan yang panjang.


~Syed Qutb~