Kini,

Zaman satu bangsa yang hina

Ada ilmuwan, sasterawan dan golongan yang arif bijaksana!

Mereka kelihatan berbeza dengan pelbagai ideology

tetapi semuanya sependapat dengan satu target:

Mereka ajar anak singa menjadi kijang pengecut

dan padamkan kisah-kisah singa pada bicara silam

Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan

Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendekiawan


 

Telah dirampas kecantikan lenggok bunga sarwa

bertukar helang rajawali menjadi burung puyuh

terperdaya angkatan berkuda dengan irama merdu

lalu terbenam bahtera ke dasar laut

terlena kita dengan iramanya

dan terpadam obor dengan tiupan nafasnya


 

Telah bekulah daya juang di hati manusia itu

Leka mengejar kekayaan dan kehidupan rutin

Kealpaan orang-orang baik dan semangat si keliru

hampir-hampir menggoncang semangat juangku


 

Mereka melihatku di musim gugur, Lantaran hangatnya laguku,

Kelihatan aku bergembira bersama rakanku si camar

Tetapi sebenarnya aku dilahirkan di bumi

yang dipenuhi jiwa-jiwa yang seronok diperhambakan


 

~*****~


 

Sunnatullah terhadap semua makhluk terus berjalan

Sesaat pun tidak berhenti atau berubah

Mereka yang merdeka terus berjihad pada Jalan Allah

kerana jihad kebenaran tidak pernah hilang walau sehari


 

Kamilah pewaris yang cuba membimbing manusia

Kamilah rahsia yang tersembunyi di sisi Allah

Matahari sentiasa menyuluh kepada kami

Awan kami mengandungi kilat dan dan sinar terang benderang

Kami adalah cermin kebenaran

Ketahuilah, tanda-tanda al-haq itu: wujudnya muslim


 


 


 

*dipetik, dicantum, dijahit dari Muntalaq*