Segala yang ada di langit, di bumi dan antara keduanya sentiasa bertasbih memuji Pencipta yang tiada tuhan selain-Nya.

Dialah yang memisahkan Bumi dan Langit yang dulunya satu, yang menyempurnakan ciptaan Langit dan menghiasnya dengan bintang-bintang. Dialah yang menghamparkan bumi, mengeluarkan air dan mempasak gunung.

Dan semua itu adalah untuk kita manusia.

هُوَ الَّذِى خَلَقَ لَكُم مَّا فِى الاٌّرْضِ جَمِيعاً ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَآءِ فَسَوَّاهُنَّ سَبْعَ سَمَـوَاتٍ وَهُوَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ

Dialah yang menciptakan segala apa yang ada di bumi untukmu...[2:29]

...untuk kita hamba yang ditabalkan menjadi khalifah-Nya. Tugasnya ialah menjalankan hukum Allah di Bumi, sebagaimana seorang gabenor ditugas menjalankan hukum Raja di tempatnya.

Tidak! Tiada hukum lain selain hukum Allah s.w.t.

Sekali-kali tidak! Tidak Allah ciptakan jin dan manusia melainkan untuk tunduk dan patuh kepada-Nya.

Ingat! Kita bukanlah pak turut, selain dari arahan Allah s.w.t. Selain dari itu, semuanya menyimpang yang menghala kepada al-hawa.

Apakah kita mencari redho selain-Nya?

~*****~

Dan hati yang remuk, menggeletar kesedihan melihat keadaan ummah

Berhukum dengan selain hukum Allah s.w.t.

Itulah mungkar kubra


Dan kita yang penuh bersemangat menyahut

Tatkala dijerit:

Siapakah penolong agama Allah?

يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ أَنصَـرَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنَّصَـرِى إِلَى اللَّهِ قَالَ الْحَوَرِيُّونَ نَحْنُ أَنصَـرُ اللَّهِ فَـَامَنَت طَّآئِفَةٌ مِّن بَنِى إِسْرَءِيلَ وَكَفَرَت طَّآئِفَةٌ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ عَلَى عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُواْ ظَـهِرِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putra maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk Agama) Allah?...

[61:14]


Dan telah ditunjukkan kepada kita

Sejelas mentari fajar

Sunnatullah Jalan perubahan

Dakwah dan Tarbiyyah!

Apakah kita punya masa untuk perkara selain jalan ini?


Sekarang belum masanya untuk kerja2 kebajikan umum!

Posted by N I K

Aku yang melaungkan seruan jihad

Membakar semangat muda

Mendesak memukul jahiliyah


 

Dan aku yang memberi nasihat

Sedang hati busuk berkarat

Malah aku yang masih berat

Adakah aku hanya mengamburkan kata?

Seperti lidah lembu memamah rumput?


 

Dan Engkau yang mendengar kataku

Mendengar keluh resahku

Malah aku yang lupa

Apabila derita Kau hilangkan


 

Dan setiap yang di langit dan di bumi

Bertasbih memujiMu tanpa jemu

Rela mereka ditundukkan untukku

Apakah aku lebih mulia?


 

Dan jari telunjuk yang tegak bersyahadah

Apakah benar hanya redhoMu yang kucari?

Apakah benar hanya Kau yang kuharap?

Atau hanya ritual tanpa arah?


 

Dan setiap kebenaran yang Kau sogokkan

Apakah hanya menjadi bukti penafianku?


 

Ya Allah, sungguh Kau tahu hatiku

Yang mencari alasan berbuat dosa

walau telah jelas hitam dan putih

dan sungguh telah kau tunjukkan tanda-tanda

sebelum dosa bermula


 

Dan aku yang menutup setiap cela

Berlagak suci di tengah ramai

Tanpa malu menghadapMu penuh dosa

Tetap mengharap ampunanMu


 

Ya Allah, sungguh aku yang hina

Masih mengharap janjiMu


 

Ya Allah bersihkanlah, teguhkanlah

Barang daganganku

Agar aku mampu mempersembah

Mengharap jual beli denganMu


 

Sungguh aku takut

Apakah aku akan tetap mengharap?


 

Ya Allah teguhkanlah hatiku dalam agamaMu

Posted by N I K
Posted by N I K
“Wahai Ikhwan, terutama mereka yang bersemangat ingin cepat menang di antara kamu. Dengar dariku kalimat yang tinggi berkumandang dari atas minbar di Muktamar ini. Sesungguhnya Jalan kamu ini telah digariskan fasa-fasanya, telah diletakkan garis panduannya. Aku tidak akan menyalahi garis-garis panduan yang aku amat meyakini bahawa ia adalah Jalan yang paling selamat untuk sampai (ke matlamat). Memang, kekadang ia Jalan yang panjang, tetapi tidak ada jalan yang lain. Kehebatan seseorang akan terpancar melalui kesabaran, teguh, bersungguh, dan bekerja tanpa henti. Sesiapa di kalangan kamu yang gopoh ingin memetik buah sebelum masak atau memetik bunga sebelum kembang, maka aku sekali-kali tidak bersama dia. Elok sekiranya dia meninggalkan Dakwah ini dan pergi ke perjuangan-perjuangan lain.”

ISHAB
Posted by N I K




ﻤﺎﻠﻲ ﺭﺐ ﺳﻮﺍﻩ
ﻏﻔﺎﺭ ﯾﻤﺤﻮ ﺍﻟﺬﻧﻮﺐ
ﻤﺎﻠﻲ ﺭﺐ ﺳﻮﺍﻩ
ﻧﻮﺭ ﯾﻬﺪﻱ ﺍﻟﻘﻠﻮﺐ

ﯾﺎﺍﷲ٬ ﻋﺒﺪ ﻛﺜﺭﺕ ﺫﻧﻮﺒﻲ
ﺯﺍﺪﺕ ﺤﻮﻟﻲ ﻛﺮﻮﺒﻲ
ﻣﻧﻚ ﺇﻟﻴﻚ ﻏﺮﻮﺒﻲ
ﯾﺎﺍﷲ٬ ﻻﺗﺤﺮﻣﻧﻲ ﻧﻌﻴﻣﺎ
ﻻﺗﺗﺭﻛﻧﻲ ﺳﻘﯾﻣﺎ
ﯾﺎﻣﻧﺎﻥ ﺍﻟﺮﺤﯾﻣﺎ٬ ﺍﷲ

ﯾﺎﺍﷲ٬ ﺃﻧﺖ ﺍﻟﻌﺰﯾﺰ ﺍﻟﻐﻔﻮﺮ ﺍﻟﺮﺤﯾﻢ
ﯾﺎﺍﷲ٬ ﺃﻧﺖ ﺍﻟﻘﺪﻮﺱ ﺍﻟﺴﻼﻢ ﺍﻟﻜﺮﯾﻢ

ﻤﺎﻠﻲ ﺭﺐ ﺳﻮﺍﻩ
ﺮﺏ ﺍﻟﺳﻣﺎﺀ ﺍﻟﻌﻄﻮﻑ
ﯾﻐﻔﺮ ﻟﻣﻦ ﻋﺼﺎﻩ
ﻮﻫﻮ ﺍﻟﺤﻟﯾﻢ ﺍﻟﺮﺀﻮﻑ

ﯾﺎﺍﷲ٬ ﺮﺤﻣﻦ ﻟﻟﺒﺮﺍﯾﺎ
ﻏﻔﺎﺮ ﻟﻟﺨﻄﺎﯾﺎ
ﻮﺮﺟﺎﺉ ﻫﻮ ﻫﺪﺍﯾﺎ
ﯾﺎﺍﷲ٬ ﺇﺮﺤﻢ ﺿﻌﻔﻲ ﻮﺤﺎﻟﻲ
ﻔﺎﻕ ﺍﻟﺬﻧﺐ ﺍﺤﺗﻤﺎﻟﻲ
ﻔﺎﻏﻔﺮﻟﻲ ﯾﺎﺬﺍﻟﺟﻼﻝ٬ ﺍﷲ

ﯾﺎﺍﷲ٬ ﺃﻧﺖ ﺍﻟﻌﺰﯾﺰ ﺍﻟﻐﻔﻮﺮ ﺍﻟﺮﺤﯾﻢ
ﯾﺎﺍﷲ٬ ﺃﻧﺖ ﺍﻟﻘﺪﻮﺱ ﺍﻟﺴﻼﻢ ﺍﻟﻜﺮﯾﻢ


Tiada bagiku tuhan selainNya 
Pengampun Penghapus dosa
Tiada bagiku tuhan selainNya 
Cahaya Penyuluh hati

Ya Allah hambaMu yg banyak dosa
tambahkanlah pengahmpiran 
dariMu dan kepadaMu penghampiranku

Ya Allah jangan Kau putuskan rahmatMu 
jangan biarkan aku selamanya dalam keresahan
Wahai Pengasih Wahai Penyayang

Ya Allah Engkau Maha Tinggi, Maha Menentu, Maha Agung
Ya Allah Engkau Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Mengetahui
Ya Allah Engkau Maha Tinggi, Maha Menentu, Maha Agung
Ya Allah Engkau Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Mengetahui

Tiada bagiku tuhan selainNya
Tuhan Mendengar Rintihan syahdu 
Wahai yang mengampuni aku pada segala dosaku
Dialah yang Maha Santun lagi Mengasihi

Ya Allah kasihanilah pada kecelaanku
ampunilah pada kesalahanku
Pada segala keterlampauan dan Dialah penghidayahnya
Ya Allah belas-kasihanlah pada kelemahanku dan keadaanku
Aku merasakan dosaku semakin meningkat
Maka ampunilah aku wahai Yang Maha Mulia


*****

Apalah nak diharap abang ayah guru kawan

Kalau ada tapi macam tak ada

Sahabat, sekarang aku faham


Rabbku, Ilahku adalah sama.


 


 


Posted by N I K

Kini,

Zaman satu bangsa yang hina

Ada ilmuwan, sasterawan dan golongan yang arif bijaksana!

Mereka kelihatan berbeza dengan pelbagai ideology

tetapi semuanya sependapat dengan satu target:

Mereka ajar anak singa menjadi kijang pengecut

dan padamkan kisah-kisah singa pada bicara silam

Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan

Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendekiawan


 

Telah dirampas kecantikan lenggok bunga sarwa

bertukar helang rajawali menjadi burung puyuh

terperdaya angkatan berkuda dengan irama merdu

lalu terbenam bahtera ke dasar laut

terlena kita dengan iramanya

dan terpadam obor dengan tiupan nafasnya


 

Telah bekulah daya juang di hati manusia itu

Leka mengejar kekayaan dan kehidupan rutin

Kealpaan orang-orang baik dan semangat si keliru

hampir-hampir menggoncang semangat juangku


 

Mereka melihatku di musim gugur, Lantaran hangatnya laguku,

Kelihatan aku bergembira bersama rakanku si camar

Tetapi sebenarnya aku dilahirkan di bumi

yang dipenuhi jiwa-jiwa yang seronok diperhambakan


 

~*****~


 

Sunnatullah terhadap semua makhluk terus berjalan

Sesaat pun tidak berhenti atau berubah

Mereka yang merdeka terus berjihad pada Jalan Allah

kerana jihad kebenaran tidak pernah hilang walau sehari


 

Kamilah pewaris yang cuba membimbing manusia

Kamilah rahsia yang tersembunyi di sisi Allah

Matahari sentiasa menyuluh kepada kami

Awan kami mengandungi kilat dan dan sinar terang benderang

Kami adalah cermin kebenaran

Ketahuilah, tanda-tanda al-haq itu: wujudnya muslim


 


 


 

*dipetik, dicantum, dijahit dari Muntalaq*

Posted by N I K

Sujud itu menundukkan dahi,

Tetapi memuliakan muslim yg bertakbir dan bertasbih kepadaNya

Si jahil menyangkakannya belenggu ke atas hamba

Tetapi sujudlah yang memusnahkan segala belenggu

Di dalam kemuliaan sujud, semua akan tunduk kepada muslim yang sujud

Seluruh alam takut kepada kata-kata dan perbuatannya

Wajah dan seluruh anggotanya diletakkan di bumi

Tetapi dia menggoncangkan gunung ganang

Meruntuhkan syirik dan waswas dalam diri si jahil

Tetapi membangunkan seluruh generasi dalam ketenangan

Kerana pada hati ada perjalanan yang menundukkan bumi

Lantaran kehebatan dan kebesaranNya

Sujud kepada Allah dan mengesakanNya, lalu mantap dan kuat

Terhapuslah setiap penzalim yang sombong

Barangsiapa yang menghayati sujud ini

Dia menikmati kepimpinan dan ketuanan

Di muka bumi

Dengan keagungannya, rahmat dan keindahannya.


 

[AL-USTAZ ABDUL WAHAB AZZAM]

Posted by N I K