Doa Rabithah

Hati yang penuh, diisi kasih Allah menjemput hamba-Nya sujud bersama yang sujud di rumah-Nya. Kebahagiaan yang mengukir senyuman.

Ingin aku kongsi kebahagiaan ini saat bertemu, tetapi amat beku wajah yang tidak sudi memandangku.

Terus lopong dada ini ditebuk kemurunganmu.. pedih rasanya bila kau sumbatkan lopongan ini dengan ais dari perilakumu. Ya, lebih sejuk dan pilu daripada angin winter London.

Sudikah engkau kongsikan masalahmu?


Ukhuwwah.

Dulu, mudah aku mengangguk, berlapang dada adalah serendah-rendah ukhuwwah. Ya, ia logik. Sebab macam obvious sangat, lalu aku tercicir menghayatinya.

Kini tanpa sedar, aku diserang prasangka-prasangka halus. Mungkin habis kucantas prasangka besar bersaiz gajah, tapi tak terlintas dalam fikiran untuk husnuzon dalam perkara-perkara kecik.

Bagaimana mungkin membina ukhuwwah sedang prasangka masih hanyir di dada?

Apakah sebegini lemah usahaku berlapang dada?

Ya Allah, sucikanlah hati kami..


Persaudaraan.

Kadang-kadang kita lupa..

Perasaan sendiri jadi lebih utama, melampaui fikiran orang sekitar,

Wajah jadi mahal, tak sanggup menatap rakan,

'Tempiaskan perasaan kecewa, biar mereka tahu aku bersedih..'

'Tak perlu memujukku, kamu semua takkan faham perasaanku..'

Apakah itu bicara hati?

Sedarlah, itulah syaitan yang memanjangkan retak.

Demi Allah yang membeli jiwa dan harta dengan balasan syurga

Apakah perasaan kita lebih utama daripada arahan-Nya?

Mungkin kita sudah lupa janji kita, memijak ego demi menjunjung perintah-Nya.


Perjuangan.

Betul, cita-cita kita besar, amat besar.

Tidak seremeh angan-angan Lenin atau Hitler. Impian kita melampaui kehidupan..

Seiring itu, harapan kita menebal..

Harapan kita sesama ikhwah semakin tinggi..

Sebab itulah bila terjatuh, semestinya akan retak.

Sabarlah, kita masih banyak palitan busuk.

Bukankah fungsi tarbiyyah menggilap diri?

Apakah kita mengharap gilapan yang baru sebentar, dapat memantulkan sinar sempurna?


Tumpukanlah harapan hanya kepada Allah.

Kerana setiap sokongan adalah kurniaan-Nya.

Mungkin inilah ujian-Nya yang belum berjaya kita terjah.








Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma'rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela

6 comments:

Anonymous said...

Jazakallahu khair for the reminder. and for the song. sesungguhnya tak bergerak satu zarah tanpa izin Allah. jadi, ape jua kekusutan dalam berukhwah, kembalikan kepada Pencipta kita, pencipta kawan-kawan kita, pencipta seluruh alam. And mohon pertolongan dengan sabar dan solat insyaAllah. I know you would already know all of these things. but for me, its nice to hear the things that we already know from other ppl as well. rasa lagi terkesan. anyway, keep on writing. I do feel reminded by them. insyaAllah.

wallahua'lam

Monday, 19 January, 2009  
N I K said...

Jazakallahukhairan kathira..

Monday, 19 January, 2009  
pemburu syurga said...

jzkk hazwan atas peringatan..doakan aku tabah=)

Monday, 19 January, 2009  
N I K said...

doakan kita semua, Waqi

Monday, 19 January, 2009  
MC said...

(mengangkat tangan sambil melambai2 dgn semangat sehingga nak jatuh dari kerusi..)

NAK JOIN!! NAK JOIN!!


ALLAHUAKBAR!!!

jzkk akhi :)

Wednesday, 21 January, 2009  
N I K said...

MC, nak join ape ni? Tak brape faham.

Waiyyakum. (:

Wednesday, 21 January, 2009