Aku yang melaungkan seruan jihad Membakar semangat muda Mendesak memukul jahiliyah Dan aku yang memberi nasihat Sedang hati busuk berkarat Malah aku yang masih berat Adakah aku hanya mengamburkan kata? Seperti lidah lembu memamah rumput? Dan Engkau yang mendengar kataku Mendengar keluh resahku Malah aku yang lupa Apabila derita Kau hilangkan Dan setiap yang di langit dan di bumi Bertasbih memujiMu tanpa jemu Rela mereka ditundukkan untukku Apakah aku lebih mulia? Dan jari telunjuk yang tegak bersyahadah Apakah benar hanya redhoMu yang kucari? Apakah benar hanya Kau yang kuharap? Atau hanya ritual tanpa arah? Dan setiap kebenaran yang Kau sogokkan Apakah hanya menjadi bukti penafianku? Ya Allah, sungguh Kau tahu hatiku Yang mencari alasan berbuat dosa walau telah jelas hitam dan putih dan sungguh telah kau tunjukkan tanda-tanda sebelum dosa bermula Dan aku yang menutup setiap cela Berlagak suci di tengah ramai Tanpa malu menghadapMu penuh dosa Tetap mengharap ampunanMu Ya Allah, sungguh aku yang hina Masih mengharap janjiMu Ya Allah bersihkanlah, teguhkanlah Barang daganganku Agar aku mampu mempersembah Mengharap jual beli denganMu Sungguh aku takut Apakah aku akan tetap mengharap? Ya Allah teguhkanlah hatiku dalam agamaMu
“Wahai Ikhwan, terutama mereka yang bersemangat ingin cepat menang di antara kamu. Dengar dariku kalimat yang tinggi berkumandang dari atas minbar di Muktamar ini. Sesungguhnya Jalan kamu ini telah digariskan fasa-fasanya, telah diletakkan garis panduannya. Aku tidak akan menyalahi garis-garis panduan yang aku amat meyakini bahawa ia adalah Jalan yang paling selamat untuk sampai (ke matlamat). Memang, kekadang ia Jalan yang panjang, tetapi tidak ada jalan yang lain. Kehebatan seseorang akan terpancar melalui kesabaran, teguh, bersungguh, dan bekerja tanpa henti. Sesiapa di kalangan kamu yang gopoh ingin memetik buah sebelum masak atau memetik bunga sebelum kembang, maka aku sekali-kali tidak bersama dia. Elok sekiranya dia meninggalkan Dakwah ini dan pergi ke perjuangan-perjuangan lain.”
***** Apalah nak diharap abang ayah guru kawan Kalau ada tapi macam tak ada Sahabat, sekarang aku faham Rabbku, Ilahku adalah sama.
ﻤﺎﻠﻲ ﺭﺐ ﺳﻮﺍﻩ
ﻏﻔﺎﺭ ﯾﻤﺤﻮ ﺍﻟﺬﻧﻮﺐ
ﻤﺎﻠﻲ ﺭﺐ ﺳﻮﺍﻩ
ﻧﻮﺭ ﯾﻬﺪﻱ ﺍﻟﻘﻠﻮﺐ
ﯾﺎﺍﷲ٬ ﻋﺒﺪ ﻛﺜﺭﺕ ﺫﻧﻮﺒﻲ
ﺯﺍﺪﺕ ﺤﻮﻟﻲ ﻛﺮﻮﺒﻲ
ﻣﻧﻚ ﺇﻟﻴﻚ ﻏﺮﻮﺒﻲ
ﯾﺎﺍﷲ٬ ﻻﺗﺤﺮﻣﻧﻲ ﻧﻌﻴﻣﺎ
ﻻﺗﺗﺭﻛﻧﻲ ﺳﻘﯾﻣﺎ
ﯾﺎﻣﻧﺎﻥ ﺍﻟﺮﺤﯾﻣﺎ٬ ﺍﷲ
ﯾﺎﺍﷲ٬ ﺃﻧﺖ ﺍﻟﻌﺰﯾﺰ ﺍﻟﻐﻔﻮﺮ ﺍﻟﺮﺤﯾﻢ
ﯾﺎﺍﷲ٬ ﺃﻧﺖ ﺍﻟﻘﺪﻮﺱ ﺍﻟﺴﻼﻢ ﺍﻟﻜﺮﯾﻢ
ﻤﺎﻠﻲ ﺭﺐ ﺳﻮﺍﻩ
ﺮﺏ ﺍﻟﺳﻣﺎﺀ ﺍﻟﻌﻄﻮﻑ
ﯾﻐﻔﺮ ﻟﻣﻦ ﻋﺼﺎﻩ
ﻮﻫﻮ ﺍﻟﺤﻟﯾﻢ ﺍﻟﺮﺀﻮﻑ
ﯾﺎﺍﷲ٬ ﺮﺤﻣﻦ ﻟﻟﺒﺮﺍﯾﺎ
ﻏﻔﺎﺮ ﻟﻟﺨﻄﺎﯾﺎ
ﻮﺮﺟﺎﺉ ﻫﻮ ﻫﺪﺍﯾﺎ
ﯾﺎﺍﷲ٬ ﺇﺮﺤﻢ ﺿﻌﻔﻲ ﻮﺤﺎﻟﻲ
ﻔﺎﻕ ﺍﻟﺬﻧﺐ ﺍﺤﺗﻤﺎﻟﻲ
ﻔﺎﻏﻔﺮﻟﻲ ﯾﺎﺬﺍﻟﺟﻼﻝ٬ ﺍﷲ
ﯾﺎﺍﷲ٬ ﺃﻧﺖ ﺍﻟﻌﺰﯾﺰ ﺍﻟﻐﻔﻮﺮ ﺍﻟﺮﺤﯾﻢ
ﯾﺎﺍﷲ٬ ﺃﻧﺖ ﺍﻟﻘﺪﻮﺱ ﺍﻟﺴﻼﻢ ﺍﻟﻜﺮﯾﻢ
Tiada bagiku tuhan selainNya
Pengampun Penghapus dosa
Tiada bagiku tuhan selainNya
Cahaya Penyuluh hati
Ya Allah hambaMu yg banyak dosa
tambahkanlah pengahmpiran
dariMu dan kepadaMu penghampiranku
Ya Allah jangan Kau putuskan rahmatMu
jangan biarkan aku selamanya dalam keresahan
Wahai Pengasih Wahai Penyayang
Ya Allah Engkau Maha Tinggi, Maha Menentu, Maha Agung
Ya Allah Engkau Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Mengetahui
Ya Allah Engkau Maha Tinggi, Maha Menentu, Maha Agung
Ya Allah Engkau Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Mengetahui
Tiada bagiku tuhan selainNya
Tuhan Mendengar Rintihan syahdu
Wahai yang mengampuni aku pada segala dosaku
Dialah yang Maha Santun lagi Mengasihi
Ya Allah kasihanilah pada kecelaanku
ampunilah pada kesalahanku
Pada segala keterlampauan dan Dialah penghidayahnya
Ya Allah belas-kasihanlah pada kelemahanku dan keadaanku
Aku merasakan dosaku semakin meningkat
Maka ampunilah aku wahai Yang Maha Mulia