Kini, Zaman satu bangsa yang hina Ada ilmuwan, sasterawan dan golongan yang arif bijaksana! Mereka kelihatan berbeza dengan pelbagai ideology tetapi semuanya sependapat dengan satu target: Mereka ajar anak singa menjadi kijang pengecut dan padamkan kisah-kisah singa pada bicara silam Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendekiawan Telah dirampas kecantikan lenggok bunga sarwa bertukar helang rajawali menjadi burung puyuh terperdaya angkatan berkuda dengan irama merdu lalu terbenam bahtera ke dasar laut terlena kita dengan iramanya dan terpadam obor dengan tiupan nafasnya Telah bekulah daya juang di hati manusia itu Leka mengejar kekayaan dan kehidupan rutin Kealpaan orang-orang baik dan semangat si keliru hampir-hampir menggoncang semangat juangku Mereka melihatku di musim gugur, Lantaran hangatnya laguku, Kelihatan aku bergembira bersama rakanku si camar Tetapi sebenarnya aku dilahirkan di bumi yang dipenuhi jiwa-jiwa yang seronok diperhambakan ~*****~ Sunnatullah terhadap semua makhluk terus berjalan Sesaat pun tidak berhenti atau berubah Mereka yang merdeka terus berjihad pada Jalan Allah kerana jihad kebenaran tidak pernah hilang walau sehari Kamilah pewaris yang cuba membimbing manusia Kamilah rahsia yang tersembunyi di sisi Allah Matahari sentiasa menyuluh kepada kami Awan kami mengandungi kilat dan dan sinar terang benderang Kami adalah cermin kebenaran Ketahuilah, tanda-tanda al-haq itu: wujudnya muslim *dipetik, dicantum, dijahit dari Muntalaq*
0 comments:
Post a Comment