Kemahuan dan Kewajipan

Alangkah indahnya jika kedua-duanya berpadu, tinggal bersama bergurau senda dihatiku. Tegapnya bila mereka bersatu memacu gerak harianku.

Sukar apabila kemahuan masih merasuk dihati, sedang kewajipan membantah difikiran.

Dalam Al-Quran, Allah s.w.t berfirman:

orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke Dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` Kami telah Islam '. dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

[Al-hujurat:14]

Dari apa yang kupelajari, memang mencengkam dibenak apakah kewajipanku.. berduri, panjang, jauh dan lama. Namun disebalik gunung kewajipan, ada kenikmatan abadi.

Dari tarbiyyah jahiliyyahku selama 19 tahun, akarnya merenggut hati.. amat sukar untuk dipisahkan. Sebahagian ranting dan daunnya telah kulibas. Namun ada ranting baru yang tumbuh. Mesti cepat kucantas!

Hati ibarat bejana. Jika cecair busuk berlendir yang kita suapkan, itulah isinya. Jika kejernihan iman yang kita siramkan, tenanglah hati.

Bangkitlah kesedaran! Perangilah al-Hawa, tunggangilah nafsu!


 

 

0 comments: