Mendaki

Dalam kita membina diri, berusaha ke arah kebenaran dan melepaskan diri dari kemungkaran, lambat mahupun cepat, niat kita hanya satu iaitu menuju redho Allah s.w.t. InsyaAllah..



Ketika kita mendaki bukit perubahan yang seringkali menyesakkan nafas, kita teguhkan diri, kita kuatkan setiap langkah, sambil memujuk hati meneruskan pendakian. Langkah kita mungkin kecil, tapi kita tetap meningkat.

Sudah seketika kita menyusun langkah, kita melihat sekeliling.. Rupanya ada yang mendaki bukit yang lain. Gembiranya kita, ada yang berkongsi cita-cita, meningkatkan diri. Ia menimbulkan perasaan ingin bersaing, sekali-sekala melihat orang dibukit sana.

Sudah seketika kita menyusun tenaga, kita lihat kebawah.. Kita lihat ada yang masih berada dilembah, tiada keinginan untuk mendaki bersama.



Nikmat yang kita rasai, suasana harmoni, udara yang segar, pemandangan yang luas dan menyenangkan, punca-punca air jernih yang belum tercemar, ufuk langit yang memukau, langit yang biru dan suhu yang nyaman.
Kita ingin berkongsi dengan penduduk lembah. Lembah yang ditutupi hutan tebal, binatang buas dan lumpur tebal.



Lalu kita memanggil dan mengajak penduduk lembah.. "Sertailah pendakian kami, akan kau rasa ni'matnya!"

Ketika itu kita terdengar suara lain.. juga memanggil penduduk lembah.
Owh, rupa-rupanya suara orang bukit sana! Alhamdulillah!
Mereka juga ingin berkongsi ni'mat pendakian..

Tapi kemudian...

Penduduk lembah keliru dan mengadu...'Bukit mana yang patut kita daki?'
Ada yang bertanya,' Bukit mana yang lebih rendah?', 'Nanti senangku capai puncaknya..'
Ada yang bersemangat, 'Bukit mana yang paling tinggi!?', 'Jom kita lihat apa di puncak sana!.'

Namun...

Kemudian orang bukit sana mengutus surat kepada penduduk lembah. Penduduk yang ingin mendaki..
Suratnya,
'Dakilah bersama kami, jangan menuju kaki bukit sana'
'Disana ada jurang yang menanti, bukan puncak yang menunggu!'

Pilunya hati kita... Kepada pendaki bukit sana, kita menjerit menasihati. Namun suara kita hanya sayup-sayup mencapai bulu telinga mereka.

Kita tetap teguhkan langkah. Kita terus mengajak dan menarik tangan-tangan dibawah.
Tazkirah buat sesama kita, arahan dari Pemilik Banjaran...

Wahai orang-orang yang beriman! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa satu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan, yang akhirnya kamu kesali perbuatanmu itu.

Dan ketahuilah bahawa ditengah-tengah kamu ada Rasulullah. Kalau dia menuruti kamu dalam banyak hal, pasti kamu akan mendapat kesusahan. Tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan, dan menjadikan (iman) itu indah dalam hatimu, serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus,

sebagai karunia dan ni'mat dari Allah. Dan Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana.

Dan apabila ada dua golongan orang mukmin berperang, maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari keduanya berbuat zalim terhadap yang lain, maka perangilah yang berbuat zalim itu, sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah. Jika golongan itu telah kembali, maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, dan berlakulah adil. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berlaku adil.

Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain, boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka(yang memperolok-olokkan) dan jangan pula perempuan-perempuan (memperolok) perempuan lain, boleh jadi perempuan(yang diperolokkan) lebih baik dari perempuan(yang mengolok-olok) . Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah yang buruk(fasik) setelah beriman. Dan barangsiapa tidak bertaubat, mereka itulah orang-orang yang zalim.

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain. Apakah ada diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang.

[AlHujurat:6- 12]

Moga Allah cantikkan akhlak kita..
Moga Dia mengikat hati-hati kita bersama..

0 comments: