Assalamu'alaikum wrh wbt,

Semalam ade satu perkara yang saya lupa nak cakap..

Pasal mencari battery untuk menyalakan lampu..

Sebab dunia sekarang dalam gelap, umat manusia perlukan cahaya. Hah, cari mancis, nyalakan lilin.

Tapi kadang-kadang, orang tak pandang lilin… Mungkin sebab berasap dan berjelaga.. Diorang nak lampu elektrik.. jadi kene la pulak kite cari battery.. Makin tinggi voltage battery, makin terang sinarnya.

Hanya sebab itu kita perlu cari battery yang tinggi voltage.

Tapi, tak semua orang perlukan sinar yang terang baru nak terangkat.. Kawan-kawan atau adik-adik kita tak pandang kelayakan atau pangkat. Jadi kita tak perlu pon nak cari battery beratus volt untuk start nyalakan lampu. Takut nanti lampu tu pulak yang terbakar. Kita boleh start ngan apa yang kita ada.

Study... Kita study untuk dakwah. Sebab tak penting pon ilmu yang kita belajar sekarang ni, kalau nak dibandingkan dengan ilmu agama.. Cuma pentingnya supaya kita dapat kerja, sara hidup sikit untuk dakwah, boleh sentuh golongan professional dan dapat guna kedudukan kita untuk dakwah.

Tapi semuanya itu untuk dakwah.

Jadi kedudukan study kita adalah tak lebih dari membantu dakwah. Sebab itulah tiada gunanya study kalau study menghalang kita wat dakwah.

Sebab itu kita tak leh fail dalam study.. nanti berkecamuk. Lagi-lagi kalau kene hantar balik Malaysia.. Kene sibuk ngan perkara lain pulak. Kene bayar balik pinjaman la, nak cari Uni baru la, tekanan family la...

Sebab itu kita kene siapkan assignment awal-awal. Nanti kalau ada program yang dekat ngan dateline assignment, atau aktiviti-aktiviti lainnya, assignment kita tak kacau komitmen dakwah kita yang lain.

Sebab itu kita perlu study, untuk latih diri untuk terus istiqomah di alam pekerjaan. Buatlah study ni macam pekerjaan kita, tak lebih dari itu. Anggaplah elaun kita tu macam gaji yang diterima setiap bulan. Kita terima bayaran tu sebab kita study..

Akhi,

Tak perlu tunggu dapat degree baru nak start dakwah. Sebab nanti bila start kerja, cabaran lebih kuat. Kerja 9 sampai 5. Bila habis kerja dah penat, so bile datang usrah pon penat, muke moyok. Pastu ade family lagi yang perlukan commitment kita. Ade saudara kawen la, adik bertunang la, cikgu kawan anak bersunat la, pastu hujung minggu habis gitu je. 

Kita jadikan masa belajar ni latihan untuk hadapi alam pekerjaan.

tak perlu tunggu dapat degree baru nak start dakwah. Nanti bila dah kerja, kita akan cakap.. tak de masa. Pastu kita cakap tunggu sampai pencen la kalau gitu.. bila dah pencen, tulang-tulang dah reput, otot pon dah lembik.


Akhi, kita perlu mula sekarang. Tak penting apa hasilnya, yang penting kita berusaha. Jangan rasa lemah bila kita tak sehebat mana. Tapi kita mesti istiqomah!




Saudaramu,
Nik

Angka 0

Kata-kata Syakib Arsalan kepada seorang warga Palestin [1931]:

"Banyak buku-buku sampai kepadaku, sama ada dari Morocco, Jawa, Mesir, Syria, Iraq dan negara kamu, Palestine. Penulis-penulisnya mencadangkan supaya diadakan satu Muktamar Islam, atau melantik seorang Khalifah atau perkara-perkara yang seumpama dengannya. Namun, seperti biasa aku akan menjawab: "Kita wajib memulakan usaha Islam ini dari bawah. Kita perlu mendidik individu."


 

Seterusnya beliau berkata:


 

"Apalah gunanya mengadakan muktamar yang menghimpunkan orang-orang yang lemah, tidak mempunyai keinginan tersendiri dan tidak mampu melaksanakan walaupun satu keputusan atau resolusi. Apa faedahnya berbuat demikian? Adakah kamu mahu kami mengumpulkan angka-angka kosong?"


 

Kata-kata beliau itu menyerlahkan kemuncak kesedaran dan pengalaman mutakhir pada da'i, tetapi rakan-rakan Syakib Arsalan telah mengecewakan beliau dan tidak bersemangat.


 

Kita masih menyaksikan penceramah-penceramah di atas mimbar-mimbar masjid pada hari Jumaat dan perhimpunan- perhimpunan perayaan yang meratapi dan dukacita. Mereka mengajak umat Islam untuk beramal dan berjihad. Mereka menutup ucapan dan pidato mereka dengan kata-kata: "Islam menyeru kamu...." Sebaliknya mereka tidak bertanya kepada diri mereka sendiri, 'Manakah pemimpin yang harus dipercayai? Sedangkan pemimpin yang ada hanyalah pemimpin yang menjadi boneka dan hamba penjajah yang kononnya berkuasa penuh.


 

Mereka tidak memahami jalan amal yang sahih. Syarahan dan pidato mereka hanya menambahkan lagi penderitaan dan kekesalan pada diri mereka dan pada para pendengar. Sekiranya mereka mengajar orang ramai supaya jangan lagi mengharap kepada para pemimpin hari ini, kemudian membimbing mereka agar berjamaah dan menjalankan tugas menyeru kepada kebaikan yang dibawa oleh Islam dan menegah dari melakukan kemungkaran yang dilakukan oleh parti-parti dan pemimpin-pemimpin yang berkuasa, pasti mereka dapat mencapai apa yang mereka inginkan.

Namun, sampai kini kita masih mendengar laungan-laungan di dalam perhimpunan-perhimpunan serta resolusi-resolusi di muktamar-muktamar sejak puluhan tahun lalu. Semuanya itu hanya merupakan himpunan angka kosong.


 

Usaha dakwah mestilah dimulakan dari bawah sepertimana kata Syakib. Tiada cara lain. Ianya adalah dengan khemah tanzim dan penyusunan barisan yang terdidik dengan tarbiyah Islam yang sejati. Bukan dewan-dewan perhimpunan dan seminar. Ia adalah dengan api semangat yang merdeka, bukan sinaran bintang.

Dirikanlah khemah kamu di padang pasir jahiliyah kurun kedua puluh ini dan nyalakanlah apimu supaya ia dilihat oleh orang yang sesat dan terputus dari hidayah, supaya mereka menuju kepadanya dan bernaung di dalam khemah kamu. Kamu panggillah puterimu: "Marilah anakku", untuk menyemarakkan lagi nyalaan unggun api lalu kamu mengajarnya:

Marilah wahai anakku, nyalakanlah api itu sepanjang malam.

Nyalakanlah api itu, semoga api itu menjadi penunjuk

Nyalakanlah ia wahai manjaku

Sesungguhnya para da'i dalam kehairanan

Nyalakan ia untuk para pengembara di padang luas ini

Marakkan api dan nyalakanlah baranya

Semoga para pengembara segera datang kepadanya

Usirlah kegelapan yang pekat ini

Tunjukkanlah jalan ini kepada rama-rama yang sesat itu

Inilah api yang paling baik, dinyalakan di tengah malam yang gelap gelita

Itulah sebaik-baik penghibur yang menyalakan api hidayah itu

Bukan persinggahan yang menjadi tujuan pasukan

Tetapi ia hanyalah api yang menunjukkan jalan kepada pengembara yang mencari panduan

Bekalkanlah kami dengan kehangatan cinta dan tanggungjawab

Bekalkan kau wahai puteri si manjaku, dari nyalaan hidayah ini.


 

[Petikan dari Muntalaq]

Doa Rabithah

Hati yang penuh, diisi kasih Allah menjemput hamba-Nya sujud bersama yang sujud di rumah-Nya. Kebahagiaan yang mengukir senyuman.

Ingin aku kongsi kebahagiaan ini saat bertemu, tetapi amat beku wajah yang tidak sudi memandangku.

Terus lopong dada ini ditebuk kemurunganmu.. pedih rasanya bila kau sumbatkan lopongan ini dengan ais dari perilakumu. Ya, lebih sejuk dan pilu daripada angin winter London.

Sudikah engkau kongsikan masalahmu?


Ukhuwwah.

Dulu, mudah aku mengangguk, berlapang dada adalah serendah-rendah ukhuwwah. Ya, ia logik. Sebab macam obvious sangat, lalu aku tercicir menghayatinya.

Kini tanpa sedar, aku diserang prasangka-prasangka halus. Mungkin habis kucantas prasangka besar bersaiz gajah, tapi tak terlintas dalam fikiran untuk husnuzon dalam perkara-perkara kecik.

Bagaimana mungkin membina ukhuwwah sedang prasangka masih hanyir di dada?

Apakah sebegini lemah usahaku berlapang dada?

Ya Allah, sucikanlah hati kami..


Persaudaraan.

Kadang-kadang kita lupa..

Perasaan sendiri jadi lebih utama, melampaui fikiran orang sekitar,

Wajah jadi mahal, tak sanggup menatap rakan,

'Tempiaskan perasaan kecewa, biar mereka tahu aku bersedih..'

'Tak perlu memujukku, kamu semua takkan faham perasaanku..'

Apakah itu bicara hati?

Sedarlah, itulah syaitan yang memanjangkan retak.

Demi Allah yang membeli jiwa dan harta dengan balasan syurga

Apakah perasaan kita lebih utama daripada arahan-Nya?

Mungkin kita sudah lupa janji kita, memijak ego demi menjunjung perintah-Nya.


Perjuangan.

Betul, cita-cita kita besar, amat besar.

Tidak seremeh angan-angan Lenin atau Hitler. Impian kita melampaui kehidupan..

Seiring itu, harapan kita menebal..

Harapan kita sesama ikhwah semakin tinggi..

Sebab itulah bila terjatuh, semestinya akan retak.

Sabarlah, kita masih banyak palitan busuk.

Bukankah fungsi tarbiyyah menggilap diri?

Apakah kita mengharap gilapan yang baru sebentar, dapat memantulkan sinar sempurna?


Tumpukanlah harapan hanya kepada Allah.

Kerana setiap sokongan adalah kurniaan-Nya.

Mungkin inilah ujian-Nya yang belum berjaya kita terjah.








Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma'rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela

Sebagaimana kesempurnaan penciptaan langit, Allah menyempurnakan jiwa manusia.

Surah Assyams: 1-10


Dia lah Yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit Yang berlapis-lapis; Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan Yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika Engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - Dapatkah Engkau melihat sebarang kecacatan? Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu Dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga Dengan sia-sia).

[almulk: 3'4]

Sebagaimana pasti bertukarnya siang dan malam, Allah mengilhamkan kepada jiwa kefasikan dan ketaqwaan.

Sepertimana bumi cerah siang dan gelap malam, setiap jiwa pasti diilham kefasikan dan ketaqwaan bergilir-gilir.

Bagai malam, kefasikan menggelapkan hati, menutup cahaya Allah. Bagai siang, ketaqwaan mencerahkan hati.

Seperti kisah imam Syafi'e yang tak dapat hafal Quran setelah melihat tumit wanita:



Maksud syair:

ََشكَوْتُ إِلَى وَقِعٍ سُوْءَ حِفْظى
فَأَرْشَـدَنِي إلى تَرْكِ المَعاصِي
وَأَخْـبَرَني بِـأَن العِلمَ نُـورٌ
ونُـورُ اللهِ لا يُهدَي للعَاصى


Aku(Imam Syafiee) telah mengadu kepada guruku Waqi' tentang buruknya hafalanku,
Beliau menasihatkanku supaya meninggalkan maksiat,
Beliau memberitahuku sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya,
Dan sesungguhnya cahaya Allah itu tidak akan dianugerahkan kepada mereka yang melakukan maksiat


Sungguh beruntung orang yang menyucikannya, Sungguh rugi orang yang mengotorinya.

Makbul

Berbesar hati.. ya, memang itulah yang kurasakan bila gembira.. Bagai dada mengambang penuh.. muka ketat dengan senyuman.

Sungguh hebat perasaannya apabila yakin diri diperhati, apatah lagi oleh yang paling dicintai.

Tiada bandingan dengan cinta berikat nafsu,

Jauh melampaui kasih sayang muslim berikat akidah.


 

Cinta agung dan hakiki..


 

Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah Engkau sebut-sebutkan sebagai bersyukur kepadaNya.

[Addhuha: 11]

Yakinlah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar.

Nak kongsi siket pengalaman hidup..

1)Ketika perut semakin pedih, kepala jadi sakit, migrain datang menghempap, lapar semakin dalam.

Makanan dalam simpanan semua dah habis, jam pukol 2 pagi, yakinlah Allah yang memberi makan.

Kemudian berseorangan mengiring di atas tilam,

'Ya Allah, jika baik untukku mengalas perut, tunjukkanlah jalannya.'

'Ya Allah, jika lebih baik aku tahan saja, tidurkanlah aku'

'Ya Allah, aku yakin Engkaulah yang memberi makan..'

Belum sempat bunyi perut yang seterusnya, pintu bilik diketuk..

Owh, rupe-rupenye kawanku nak berkongsi makanan, die baru je habis study.. 'Ya Allah, Engkaulah yang memberi makan'


 

2)Ketika hidung berair, kahak sesak di pangkal lidah, kulit hidung dan mulut mula menggelupas, migrain menyapa, batuk mendera otot-otot perut dan dada, demam paling tinggi suhunya.

Esok malam ada usrah, akulah naqibnya. Macamana usrahku kalau macamni, siket-siket nak gi toilet buang kahak.

Kemudian bersujud keseorangan dalam solat witir, ketika tercungap-cungap bernafas melalui hingus tebal.

'Ya Allah, kurangkanlah ujianmu ini pada esok hari'

'Ya Allah, sembuhkanlah sebelum usrahku esok,'

'Sesungguhnya aku belum mampu untuk berusrah begini, apatah lagi aku naqibnya'..

Yahha! Bangun pagi esoknya.. Alhamdulillah.. mana hilangnya hingus-hingus ku? Sakit kepala pon dah takde. 'Ya Allah, Engkau Maha Mendengar'


 

Seronoknya bila Allah makbulkan doa dengan serta merta.. Yakin rintihan kita didengarNya..


 

Tapi, harusku ingat:

Maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya Dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, serta berkata Dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"

dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, Dengan disempitkan rezekinya serta merepek Dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"

[alfajr: 15,16]

Ya Robb, jauhkanlah kami dari bersikap hodoh sedemikian

 

Alangkah indahnya jika kedua-duanya berpadu, tinggal bersama bergurau senda dihatiku. Tegapnya bila mereka bersatu memacu gerak harianku.

Sukar apabila kemahuan masih merasuk dihati, sedang kewajipan membantah difikiran.

Dalam Al-Quran, Allah s.w.t berfirman:

orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke Dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` Kami telah Islam '. dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

[Al-hujurat:14]

Dari apa yang kupelajari, memang mencengkam dibenak apakah kewajipanku.. berduri, panjang, jauh dan lama. Namun disebalik gunung kewajipan, ada kenikmatan abadi.

Dari tarbiyyah jahiliyyahku selama 19 tahun, akarnya merenggut hati.. amat sukar untuk dipisahkan. Sebahagian ranting dan daunnya telah kulibas. Namun ada ranting baru yang tumbuh. Mesti cepat kucantas!

Hati ibarat bejana. Jika cecair busuk berlendir yang kita suapkan, itulah isinya. Jika kejernihan iman yang kita siramkan, tenanglah hati.

Bangkitlah kesedaran! Perangilah al-Hawa, tunggangilah nafsu!


 

 

Jihad 1

Jihad melawan nafsu. Kalau cakap jihad, maksudnya mesti buat sehabis boleh. Maksudnya, tiada tahap kesungguhan dan usaha yang lebih tinggi dari jihad. Sebab itulah saya kurang senang hati bila nak menulis pasal ni. Ingat surah As-sof ayat 2.

*****

Yahya bin Muadz berpesan: Berjihadlah melawan nafsu dengan riadah.

Haha.. riadah! Jom kita main basketball, bola sepak, renang dan tenis!

Memang sukan-sukan macam ni lah yang aku fikir Yahya maksudkan. Tapi sebenarnya, riadah yang dimaksudkan terdiri dari 4;

  • Sedikit makan
  • Sedikit tidur
  • Bercakap sekadar perlu
  • Sabar menanggung gangguan orang lain


 

Dengan kurang makan, lemahlah gejolak syahwat. Kurang tidur menyucikan kemahuan. Kurang bercakap, badan selamat. Bersabar menanggung gangguan memungkinkan sampai ke matlamat.

Sebagaimana kita memujuk orang sekeliling supaya melawan nafsu, wajiblah kita juga berperang menentang nafsu sendiri. Kuasailah diri supaya tak berlebihan dalam makanan, minum, pakaian dan memuaskan godaan nafsu. Jadilah kita Mujahid!

Sebagaimana sabda Nabi s.a.w:

"Orang yang mujahid itu ialah orang yang berjihad melawan nafsunya dan menundukkannya supaya patuh kepada Allah s.w.t."

[ditakhrijkan oleh Al-Tirmidzi]

Penyeruan ke jalan Allah. Semua orang islam wajib melakukannya. Agama ini bukanlah untuk disembunyikan, malah untuk dikongsi.

Ya, untuk berkongsi sesuatu, kita mesti ada perkara yang hendak dikongsi. Jadi prosesnya berterusan, mencari dan berkongsi.

Jika kita mahu menarik orang keatas, semestinya kita mesti patut berada lebih tinggi dari orang yang kita nak bantu tingkatkan.

Adakah mungkin dalam tangga dakwah kita, kita berada dibawah dan menolak orang ke atas sedangkan diri masih kekal beku di takuk sama?


Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?

[albaqaroh:44]


Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya!

[assof:2]


Dalam kita memberi perhatian kepada orang sekeliling, mengajukan bimbingan dan dan kebaikan untuk mereka, namun mungkin kita lupa diri. Tentang hak diri kita supaya ditingkatkan dari segenap segi (kesihatan diri?). Sebetulnya kita menghitung kesalahan diri dahulu sebelum mengira kesalahan orang lain untuk dibetulkan. Ihsan terhadap diri dahulu sebelum ihsan terhadap orang lain.


Pesan Ali bin Abi Talib:

Sesiapa yang menjadi pemimpin orang lain, maka hendaklah dia mula dengan mengajar dirinya sendiri sebelum mengajar orang lain. Asuhannya terhadap orang lain biarlah dengan perilaku sebelum dengan tuturkata. Orang yang mengajar dan mengasuh diri lebih berhak dimuliakan dan dihargai berbanding orang yang mengajar dan mengasuh orang lain.


Dan sabda Nabi s.a.w. yang menggerunkan:

Ada seorang lelaki pada hari kiamat kelak dia digiring ke neraka lalu dicampakkan kedalamnya. Isi perutnya terburai keluar dan dia berpusing-pusing melingkarinya sebagaimana berpusingnya keldai mengelilingi kincir air, berkumpullah penghuni-penghuni neraka melihat lelaki tersebut lalu mereka berkata: "Wahai si polan, tidakkah engkau dahulunya menyuruh orang melakukan yang ma'ruf dan melarang yang mungkar?" Lelaki itu berkata: "Ya, memang benar, aku dahulu menyuruh orang melakukan yang ma'ruf tetapi aku sendiri tidak melaksanakannya. Aku melarang kemungkaran, sedangkan aku melakukannya."


Jadi dakwah bukanlah semata-mata menyuruh orang, malah pasti bergelumang dengan peningkatan diri. Kedua-duanya mestilah seiring. Memang sepatutnya kita berlaku adil dalam kedua-duanya.

Adakah mengajak orang, bererti kita memperbaiki diri?

Mengapakah kebanyakan masa kita untuk perbaik orang lain, mana hilangnya masa kita perbaiki diri?

Mengapakah kita sistematik dalam mengajar orang, tapi curang dalam mengajar diri? Sebetulnya ada sistem yang tak kurang hebatnya untuk kita meningkatkan diri.

Mungkin sistem tu ada, tapi tak dilaksanakan.

Mungkin ada gema-gema perbaikan, tapi tidak diendahkan? "Alaa.. ni bukan dakwah, tak yah bazir-bazir masa wat ni suma.."

"3 jam? lamanya liqo!" Ya, halaqoh yang kita beri 4 jam, yang kita terima 3 jam. Tu pon dah lama.

Dan adakah halaqoh kita hanya sekadar tazkirah, ibarat menuang ke dalam lopak air yang kering setiap minggu? Di manakah perubahannya?

Mungkin memang macam ni la sistem kita sekarang. Tak mungkin kuharapkan orang lain sepenuhnya. Bukan mereka Rabbku, bahkan hanya Allah semata.

Semuanya terletak pada diriku. Perlulah aku tingkatkan diri sendiri.

Ya Allah, bantulah aku. Tunjukkanlah aku jalan yang lurus, terus mencapai redhoMu.

Mesti Istiqomah!